Mekanik Bahan dan Struktur

Sampul Depan
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2001 - 284 halaman

 

Buku ini sangat sesuai dijadikan teks asas untuk pelajar kursus kejuruteraan di institusi-institusi pengajian tinggi khususnya bagi pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal. Ia boleh juga digunakan untuk pelajar di politeknik dan vokasional.Buku ini telah disusun untuk memberi kefahaman kepada pembaca tentang ilmu mekanik bahan dan struktur dengan lebih mendalam dan seterusnya dapat mengaitkannya dengan kerja-kerja reka bentuk. Asas yang diperlukan untuk memahami mata pelajaran mekanik bahan dan struktur ialah mekanik statik. Selepas membaca keseluruhan bab, penulis berharap para pembaca akan dapat menyelesaikan seberapa banyak soalan latihan yang disertakan di dalam buku ini untuk memahami ilmu mekanik bahan dan struktur secara mendalam.Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis mengajar selama 14 tahun dan merupakan buku ketiga yang ditulis selepas buku Mekanik Statik dan Mekanik Dinamik. Penulis buku ini seorang pensyarah di Jabatan Struktur dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Analisis Struktur.

Edisi yang lain - Lihat semua

Informasi bibliografi